KUALA LUMPUR: Simpati dengan nasib kanak-kanak Palestin serta tidak dapat membayangkan sekiranya dua cahaya matanya berada dalam situasi sama, mendorong penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk meneruskan sumbangan kepada rakyat di bumi bergolak itu.
Pengasas dan Pengerusi bersama Yayasan Nurjiwa yang juga ibu kepada dua anak Siti Aafiyah Khalid, 6, dan Muhamad Afwa Khalid, 3, berkata naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
"Saya seorang ibu yang mempunyai anak. Jadi bila tengok budak kecil macam itu mengingatkan saya pada Afwa dan Aafiyah. Saya terbayang kalau mereka berada di tempat itu macam mana, memang automatik saya cepat menangis kalau benda melibatkan anak-anak," katanya kepada pemberita di Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Prihatin di sini.
Siti Nurhaliza berkata penglibatan secara terus dalam menyampaikan sumbangan membuatkan beliau rasa lebih dekat dengan mereka yang kini berlindung di Rafah, selain turut bersedih apabila memikirkan nasib anak-anak Palestin terutama yang belajar di sekolah Afwa Al- Afiyah di Selatan Gaza.
"Mungkin bagi orang yang tidak terlibat mereka tidak begitu terasa, benda itu tidak masuk dalam kepala, tetapi tidak bagi saya. Setiap hari saya tanya orang di sana selamat ke tidak, takut kena bom dan sebagainya," katanya.
Mengenai sumbangan yang disalurkan melalui Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur kerana kutipan diterima dapat membantu 10,000 mangsa perang yang kini berlindung di Rafah.
"Sebenarnya yang duduk di Rafah itu ramai sangat tetapi kita hanya mampu beri makanan kepada 10,000 orang. Saya nak cakap terima kasih kepada penderma-penderma iaitu rakyat Malaysia...selain makanan, ada yang bagi pakaian juga sebab mereka dalam musim sejuk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Siti Nurhaliza (kiri) dan CEO Prihatin Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali (tiga, kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Nurjiwa Prihatin malam tadi. - Bernama
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
'Saya minta maaf kerana bebankan mak' - Fatiya Latiff dedah hidap skizofrenia
Fatiya, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan
Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu
Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza mungkin jadi kenyataan - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi Siti Nurhaliza.
28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan
Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
CUCKOO lantik duta baharu, serlah diversiti budaya di Malaysia
CUCKOO International (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan barisan duta baharu iaitu Jaclyn Victor, Phei Yong, serta Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Bazar CUCKOO x RIUH #SamaSamaRaya.
Yayasan Nurjiwa bantu lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari
Siti meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan, sekali gus membolehkan pihaknya memberikan bantuan.
“Tak sangka Allah beri saya peluang bantu” - Siti Nurhaliza sebak bercerita baju raya anak Gaza
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila terkenang mengenai keadaan nasib anak-anak di Palestin.
Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.
Tidak kisah berbelanja di pasar malam, warga maya puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza
Netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.